Akhirnya saya telah menghasilkan versi terkini Klang Valley Integrated Transit Map: Malls Edition, selepas kali terakhir kemaskini pada Mei 2023. Peta ini memaparkan lebih dari 150+ pusat beli-belah yang berdekatan dengan stesen rel (termasuk stesen LRT Laluan Shah Alam).
Pusat beli-belah yang mempunyai garis putus berwarna kelabu boleh diakses dengan berjalan kaki manakala garis berwarna boleh diakses melalui bas perantara/henti-henti dan garis berwarna hijau tua hanya boleh diakses melalui e-hailing/DRT sahaja.
Versi Terdahulu: https://www.facebook.com/groups/mlptf/posts/2548146542009546
Gambar Kualiti Tinggi:
https://drive.google.com/file/d/1-PDUyCtY9_ssJTQOTNK76IgXlLvkmz_U/view?usp=sharing
Dengan menggunakan panduan dan rujukan senarai lebih dari 150+ pusat beli-belah* yang dikunjungi oleh seorang warga Twitter serta maklumat terkini laluan bas & rel.
Pusat Beli-Belah Gred S Lembah Klang*:
Mid Valley: LRT-KTM Abdullah Hukum/KTM Midvalley/Bas RapidKL
The Exchange TRX: MRT Tun Razak Exchange/Bas MRT T407
Pavilion Kuala Lumpur: MRT Bukit Bintang/Monorail Bukit Bintang/Bas GOKL
Suria KLCC: LRT KLCC/MRT Persiaran KLCC/Bas RapidKL/Bas GOKL
1 Utama: MRT Bandar Utama/LRT Bandar Utama/Bas RapidKL/Bas PJ City
Sunway Pyramid: BRT Sunway Lagoon/Bas RapidKL/Bas Smart Selangor SJ02
Pusat Beli-Belah Gred A Lembah Klang*:
The Starling: MRT TTDI + Bas Perantara T813 atau Bas RapidKL 506/780/802 dari Bandar Utama/LRT Kelana Jaya
AEON Shah Alam: Bas Smart Selangor SA02 dari KTM Batu Tiga atau DRT T774 dari LRT Glenmarie
AEON Bukit Tinggi: LRT3 Bandar Bukit Tinggi (akan dibuka Q3 2025) atau bas Wawasan Sutera 730 dari Bandar Klang
Central i-City: Bas Smart Selangor SA04 dari KTM Padang Jawa atau 600m jalan kaki dari LRT3 Seksyen 7 (akan dibuka Q3 2025)
The Gardens: sama seperti Mid Valley
IOI City Mall: Bas KR Travel T523 dari MRT Putrajaya Sentral/KTM Serdang atau DRT Trek Rides dari MRT UPM
KL East Mall: Jalan Kaki 1km dari LRT Gombak
MyTOWN: MRT Cochrane atau Bas RapidKL 420
Nu Sentral: KTM/LRT/Monorel/ERL KL Sentral, MRT Muzium Negara
Plaza Low Yat: Monorail Imbi atau MRT Bukit Bintang + 300m jalan kaki
Setia City Mall: Bas RapidKL 753 dari Seksyen 14 Shah Alam/UiTM Puncak Alam
Sunway Putra Mall: LRT PWTC atau KTM Putra
Sunway Velocity Mall: LRT/MRT Maluri + 300m jalan kaki atau MRT Cochrane + 350m jalan kaki
*sumber rujukan: https://x.com/slainthayer/status/1877614467829420472
Post a Comment