Contoh Ulasan Guru Kelas yang merangkumi beberapa aspek seperti Akademik, Kehadiran, Motivasi, Disiplin dan Tanggungjawab.
📌Akademik
✅Anda menunjukkan prestasi akademik yang sangat baik. Kefahaman dan penguasaan dalam setiap mata pelajaran amat membanggakan. Teruskan usaha ini untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
✅Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
✅Keputusan masih di tahap sederhana. Ia memerlukan komitmen daripada anda untuk memperbaiki pencapaian.
✅Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
📌Kehadiran
✅Kehadiran anda ke sekolah adalah sangat memuaskan, dengan rekod kehadiran hampir 100%. Kehadiran yang konsisten ini membolehkan anda mengikuti pelajaran tanpa ketinggalan dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembelajaran.
✅Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kecemerlangan dalam pelajaran.
✅Kehadiran anda ke sekolah adalah memuaskan. Namun, terdapat beberapa ketidakhadiran yang perlu diberi perhatian untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran.
✅Kehadiran anda ke sekolah perlu ditingkatkan. Kehadiran yang tidak konsisten boleh menjejaskan prestasi akademik anda.
📌Disiplin
✅Anda mematuhi peraturan sekolah dan bilik darjah dengan baik. Tingkah laku yang ditunjukkan menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.
✅Anda menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Sikap ini menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.
✅Anda perlu lebih menitikberatkan disiplin diri dan mematuhi peraturan sekolah.
✅Terdapat beberapa insiden yang menunjukkan anda perlu meningkatkan disiplin diri. Adalah penting untuk mematuhi peraturan sekolah demi kebaikan bersama.
📌Motivasi
✅Anda mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran.
✅Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
✅Anda menunjukkan minat yang baik dalam pembelajaran, namun perlu meningkatkan motivasi untuk mencapai potensi penuh.
✅Motivasi anda dalam pembelajaran perlu ditingkatkan. Usaha yang lebih gigih akan membantu anda mencapai kejayaan yang lebih baik.
📌Tanggungjawab
✅Anda menunjukkan tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
✅Sering membantu rakan-rakan yang memerlukan, menunjukkan sifat kepimpinan dan keprihatinan.
✅Bertanggungjawab dan disiplin dalam melaksanakan tugasan.
✅Menunjukkan kematangan dan sikap positif terhadap pembelajaran.
✅Anda perlu meningkatkan tanggungjawab dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
✅Terdapat kelewatan dalam penyerahan tugasan. Adalah penting untuk menunjukkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam melaksanakan tugas.
Kredit : Cikgu Lo
Post a Comment