Pada mulanya saya rasa keberatan hati untuk masuk bertanding kerana rasa tidak layak. Ramai rakan² yang hebat dalam bidang ni berbanding saya. Saya juga menolak untuk masuk semasa surat ikon tvpss ini diserahkan pada saya. Ilmu saya dalam bidang tvpss ni masih cetek lagi. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar.
Kebetulan, saya juga tengah down. Rasa malas dah nak ambil tahu apa². Sebab apa guna kita buat kerja kita tapi dipandang macam kita tak buat kerja. Apa guna kita berusaha tapi hasilnya orang tak hargai. Bukan kita minta dipuji. Cukuplah dihargai atas usaha yang kita berikan. Bukan senang nak buat. Bukan senang cari bahan, cari maklumat kan. Nak tu pulak, kita tak bersalah tapi dipersalahkan.
Bila cikgu pendidikan khas banyak pegang tugas di perdana. Pegang title penyelaras itu ini. Macam inilah tuan puan. Dikata kita melebihkan perdana daripada pendidikan khas sendiri. Awak yang bagi saya task. Awak jugak yang suruh saya masuk macam² pertandingan. Bila dah perform, awak juga salahkan saya lak? Sedih betul. Rasa macam dah tak nak join apa² yang melibatkan perdana. Serious. Hati dah tawar. Dah tu plak, sampai hati maklumat penting tak dibrief pada saya. Rasa betul² dianaiya.
Sungguh!
Rasa full stop nak tolong apa² dah. Nak jauhkan diri je dari semua orang.
###
Esoknya.
Pn. Zaimah, guru perpustakaan dan media, datang jumpa saya secara peribadi. Dia banyak bagi kata² semangat. Saya ingat lagi ayat yang dia tuturkan pada saya.
"Tika, time ni lah awak kena tunjukkan yang awak boleh. Pedulikan kata² orang. Lantaklah. Awak ada kemahiran ICT yang orang lain takde. Buktikan pada mereka. Masuk ye tika..". Berulang² dia sebut.
Saya terdiam.
Lama saya berfikir. Saya tenung wajah sayu kak zaimah. Hanya kak zaimah seorang yang percaya pada saya di saat saya perlukan kata² motivasi. Perlukan semangat untuk bangkit.
Saya kuatkan semangat.
Saya join GM. Cari semua maklumat yang diminta. Siapkan file. Tawakal pada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Saya serahkan semuanya pada Allah.
###
Alhamdulillah.
Tarikh 4 November masih segar lagi dalam ingatan. Bila mana.. nama saya berada di tempat ke-tiga. Ya Allah masa tu, berderau darah. Nangis sebentar. Hanya Allah tahu betapa bermaknanya hari ini. Hadiah birthday paling bermakna buat saya. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Kak Zaimah kerana percaya dan yakin pada saya. Saya sangat hargainya. Terima kasih rakan² sahabat yang mengucapkan tahniah. Sungguh saya sangat menghargainya. Terima kasih. Allah permudahkan segalanya buat saya.
Terima kasih pihak SSTP kerana percaya pada kebolehan saya. Terima kasih kerana beri saya peluang. Terima kasih.
###
Kenangan manis buat saya dikala rasa diri ini tak berguna.
Post a Comment