Alhamdulillah. Hari ini genap 1 tahun 5 bulan berada di SK Merlimau Dua. Banyak kejayaan yang diraih satu persatu. Syukur, alhamdulillah. Allah Maha Besar.
Banyak dugaan yang datang, banyak juga cabaran yang ditempuh.
Nak berjaya ke tahap ini sesuatu yang sukar. Nak kekalkan prestasi ini lagi mengundang pelbagai cabaran. Yelah, kita baru setahun jagung di sini kan. Ilmu masih cetek lagi.
Tahun lepas saya selaku penyelaras KPJ bersama barisan team KPJ yang dianggotai oleh Pn. Zaimah, Pn. Ellina, Pn. Narimawati telah berjaya meraih pelbagai kejayaan.
1. Naib Johan Ikon Murid Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan (Talyssa Matthew)
2. Anugerah Ikon Guru Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan (Muhammad Taufiq)
3. Anugerah Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang Peringkat Kebangsaan
Teringat kisah tahun lepas di mana 3 hari sahaja kami ambil masa untuk menyiapkan segalanya. Sebab apa? Sebab kami baru dapat info bahawa tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum tarikh tutup penyertaan. Surat baru dapat ler katakan. Hahaha.
Maka sebab itulah kami macam orang gila siapkan segala dokumen.
Cikgu Zaimah buat skrip untuk murid.
Cikgu Ellina sediakan segala sijil² murid yang diperlukan.
Cikgu Narimawati membantu dari segi laporan KPJ
Cikgu Taufiq, salah seorang guru induk bagi KPJ, lagi kelakar... pada mulanya beliau malu nak masuk bertanding tapi saya tahu beliau mempunyai bakat yang besar dan mempunyai banyak sijil² di peringkat kebangsaan. Tak lupa juga beliau turut terlibat dalam pelbagai pertandingan Inovasi. Jadi sememangnya saya bagi sokongan penuh untuk beliau sertai. Jadi bertong tanglah beliau mengumpulkan segala dokumen yang diperlukan. Hahaha.
Dan tugas saya, saya kumpulkan semua maklumat dari Cikgu Zaimah, Cikgu Ellina, Cikgu Narimawati dan Cikgu Taufiq..saya wujudkan 3 file pdf menggunakan canva. Saya rakam serta menyiapkan video yang diperlukan bagi pertandingan. Alhamdulillah Allah bagi sedikit kemahiran ICT bagi saya dan saya manfaatkan sebaik mungkin.
3 hari saya tak tidur untuk siapkan file pdf ketiga² penyertaan ke negeri, dan juga 1 video untuk ikon murid.
Itulah suka duka di sebalik kejayaan kami, Kelab pencegahan jenayah, pada tahun lepas.
Kejayaan itu macam Iceberg. Orang nampak kita menang sahaja, tapi Allah sahaja yang tahu betapa banyak dugaan yang kami tempuhi. Tangisan, komitmen, kesabaran, tak tidur malam dan sebagainya. Allah sahaja tahu. Rakan terdekat tahu.
Terima kasih Emak kerana tidak jemu mendoakan kejayaan saya.
Terima kasih Kak Zaimah dan Kak Mariam sentiasa menyokong saya dari belakang dan tidak jemu memberikan kata² motivasi untuk terus saya mengapai kejayaan.
Terima kasih Team Plc dan Team Pro kerana berada di belakang saya. Sungguh saya bertuah kerana dapat bersua dan berkongsi kejayaan demi kejayaan dengan insan² yang hebat yang sering berkongsi idea untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya yang cetek ini. Tak jemu saya mendengar perkongsian insan² hebat ini. Alhamdulillah.
Terima kasih rakan² yang bagi ucapan. Sungguh saya terharu. Terima kasih rakan² hebat saya ni.
Post a Comment