Ayam percik merecikkk..
Resepi perapan ayam..
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah/besar
2ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula &garam secukup rasa.
Cara-cara.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kmudian boleh dibakar..
Bahan kuah
1 biji bawang merah/besar
2 labu bawang putih
10 tangkai lada kering/ikut kepedasan(direbus & dikisar)
1 inci halia
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/4 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
2 sudu sos cili
Gula, garam & perasa
Cara-cara
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul2 masak..
Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.
Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa..
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar...
Tips nak lagi sedap, ayam yang dibakar menggunakan arang dicelup panas-panas ke dalam kuah percik untuk mendapatkan kuah yang enak!
Sumber :
https://www.facebook.com/share/p/MPFAqiZfzSyozF6x/
Post a Comment