SAGUHATI PERTANDINGAN SUDUT BACAAN MADANI PERINGKAT NEGERI MELAKA

 


Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Tempoh hari, saya dan cikgu Nurul di minta untuk menghantar 2 video wawancara bagi Pertandingan Sudut Bacaan Madani. Mana taknya hadiahnya cukup lumayan. Kelakarnya masa saya diberi tugasan..saya hanya aim untuk mendapat saguhati. Tiada niat langsung untuk menang kerana tahu banyak lagi sekolah di luar sana yang mempunyai sudut bacaan madani yang lebih hebat.

Alhamdulillah 2 penyertaan yang sekolah sertai. Saya dan Aqil akhirnya telah berjaya mendapat tempat saguhati. Ya Allah sukanya saya pada waktu itu. Apa yang saya harapkan, tercapai. Terima kasih Ya Allah. Apa tidaknya pelbagai dugaan yang saya terima sepanjang rakaman video diambil. 

Syarat pertandingan diminta untuk memastikan tiada bunyi kipas, kereta atau bunyi bising di persekitaran. 

Sudut bacaan madani saya pula berada di sebelah kantin dan juga berada dekat dengan laluan jalan taman perumahan. Kejap-kejap kereta dan juga motor lalu. Masa nak rakam, hujan..bila berhenti untuk makan..elok pula hujan berhenti. Allahu. Main cak-cak pula ye. Saya mula nak merakam semula, hujan turun semula. Tergelak si Aqil. Tetapi akhirnya siap juga rakaman saya. 

‐‐------------

KEPUTUSAN
PERTANDINGAN SUDUT BACAAN MADANI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka melalui Sektor Sumber Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Pertandingan Sudut Bacaan Madani untuk menggalakkan dan menanam minat membaca, seterusnya meningkatkan budaya dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pautan video-video pemenang boleh layari pautan
👇👇👇



Syabas dan tahniah anak-anak Melaka


#malaysiamembaca 
#dekadmembacakebangsaan 
#JPNMelakaBITARA 
#gemadigitaltvmelaka

Post a Comment

Previous Post Next Post