ETIKA PENGGUNAAN JALUR GEMILANG
Nak guna Jalur Gemilang pun ada caranya ke? Eh mestilah!
Jom kami kongsikan cara-cara yang betul untuk pengetahuan korang semua 😍
✅ Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja
✅ Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga
✅ Bendera 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline)
✅ Bendera 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline)
✅ Bendera segitiga 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline)
✅ Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih
✅ Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya
✅ Banner Malaysia 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 dikibarkan secara melintang
✅ Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sanpin, pakaian dan sebagainya adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
✅ Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
✅ Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
✅ Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
✅ Penggunaan bendera dalam penghasilan logo 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 sama sekali.
✅ Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah, putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
✅ Penggunaan bendera dalam infografik 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 bertindih di antara teks dan bendera.
Bersama kita praktikkan cara penggunaan Jalur Gemilang yang betul! 😁
Dikongsikan informasi dan maklumat terkini mengenai tatacara dan penggunaan bendera terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Imbas Kod QR pada poster atau klik pautan https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/jalur_gemilang_2020/mobile/index.html untuk E- Book.
Post a Comment