MARI FAHAMI CARA BELAJAR BERSAMA ANAK


𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔: Julai 2024

MARI FAHAMI CARA BELAJAR BERSAMA ANAK


Adakah anda mahu mulakan latihan praakademik bersama anak tapi tiada idea dan strategi sesuai? Anda risau anak suka main lari-lari bila baru buka buku dan anak suka conteng-conteng?

Jangan risau.

Topik kali ini, Pegawai Intervensi akan membincangkan mengenai cara mengenali, memahami dan mengaplikasikan strategi praakademik kepada kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak dengan autisme. Seterusnya dapat membantu memberikan pencerahan serta idea kepada ibu bapa, ahli keluarga serta para pendidik kanak-kanak berkeperluan khas bagi menjalankan rutin kesediaan praakademik pada peringkat intervensi awal khususnya.Jom daftar sekarang.

Perkongsian istimewa kali ini juga akan dijalankan serta disiarkan khas dari Dewan Warisan, Kangar, Perlis bersempena dengan Program Jerayawara Kurnia 2024 di negeri utara Malaysia.

Bengkel ini akan diadakan secara bersemuka dan LIVE di Facebook Permata Kurnia (berjalan secara serentak).

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sekiranya ingin hadir secara bersemuka.

Untuk kehadiran dalam talian (LIVE FB) tidak perlu mendaftar, tunggu sahaja kami bersiaran langsung pada hari kejadian.


📆 Tarikh: 20 Julai 2024 (Sabtu)

⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

🎞 Tempat: Dewan Warisan, Kangar, Perlis (bersemuka)

& LIVE di Facebook PERMATA Kurnia (dalam talian)

https://www.facebook.com/share/LbiUEnodo588LRxQ/?mibextid=WC7FNe


💡 Pautan pendaftaran bersemuka:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebC8e5IOFh1HzgQmUl-WMaJlVzF92FXd80kdXhcala-lkryQ/viewform?usp=sf_link


🔵 TELEGRAM INFO SPLKPM

https://t.me/SPLKPM2021


🎚️ CHANNEL WS INFO SPLKPM

https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L
 

Post a Comment

Previous Post Next Post