BAGAIMANA CARA UNTUK MELAPOR KEGANASAN RUMAH TANGGA

 

11.07.2024 (Khamis)

Sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga ataupun mengetahui seseorang itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dapatkan perlindungan segera di:

📍Balai Polis yang berhampiran

📍Pengaduan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran

📍The One Stop Crisis Center (OSCC)

- Perkhidmatan yang disediakan di semua hospital kerajaan dan beroperasi 24 jam sehari bagi menyelesaikan kes keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan terhadap kanak-kanak. 

📍Menghubungi Pusat Panggilan Talian Kasih 15999 / Whatsapp 019-2615999 / Aplikasi Mudah Alih Talian Kasih 15999

📍Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan

Jangan takut dan biarkan diri anda terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Rumah tangga seharusnya menjadi tempat menyemai kasih sayang, bukan mencipta derita.

Hentikan Keganasan Rumah Tangga! 


Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Pembangunan Wanita - JPW

#KASIHKPWKM

#KitaKanKeluarga

#malaysiamadanidihati

Post a Comment

Previous Post Next Post