Webinar 'AI' untuk Ibu Bapa dan Waris

 


Webinar 'AI' untuk Ibu Bapa dan Waris

Salam semua. Pada cuti sekolah bulan Mei nanti, Dr Shukri Abdullah dan saya akan jalankan bengkel 'online' untuk bimbing pelajar tentang Teknik Belajar guna teknologi Kecerdasan Buatan atau 'AI'. 

Kita sedia maklum 'AI' sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Setiap hari ada sahaja berita tentang 'AI'. Saya sendiri pun tak terkejar dan saya rasa ramai ibu bapa pun begitu. Persoalannya, bagaimana boleh kita bantu anak-anak kita manfaatkan teknologi 'AI' seperti ChatGPT, Copilot, Perplexity dan lain-lain untuk kebaikan dan pembelajaran mereka? 

Untuk itu, Dr Shukri dan saya akan bincang topik ini dalam Webinar 'Start AI Right' secara 'live' pada jam 8.30 malam hari Isnin 13 Mei 2024. 

Jom luangkan masa demi masa depan anak-anak era Revolusi 'AI' di https://www.youtube.com/watch?v=Xc1mL17TS10

Post a Comment

Previous Post Next Post