THE CAFE CLASS
kite buat dia👌
Dari kelas biasa ke yg lebih selesa. 😄
Sempena Hari Guru yang Bakal tiba, saya kongsikan sedikit deco guru pedalaman buat rakyat malaysia semua.ada orang tanya saya mana pergi gaji cikgu?.saya gunakan sedikit elaun pedalaman untuk cantikkan kelas,ada rezeki lebih kita buat lebih...bulan 12 nie ada kenaikan gaji terima kasih PMX dapat la saya berkongsi lagi..🥰
Walaupun di sekolah pedalaman,saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar..
Saya yakin dan percaya ramai rakan-rakan guru diluar sana buat sehabis baik untuk anak didik mereka..ramai diantara guru sanggup berhabis
Wang ringgit untuk kemenjadian anak didiknya...
Inilah sekolah saya mula-mula masuk sekolah dahulu.. (barulah merasa sek pedalaman) 😊... Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik .
Saya mengajar di sek pedalaman Sarawak, dan masih menikmati pengalaman hebat ini.....
Bagaimana timbul minat untuk menjadi guru?..
Ayah selalu berkongsi cerita,semasa kecil,beliau sangat berminat untuk menjadi guru, tapi apakan daya hanya mampu bersekolah sampai darjah 4 sahaja..timbul la minat saya untuk menjadi guru bagi merialisasi impian ayah dulu.. Saya mempunyai 11 orang adik beradik dan saya anak yang 8...alhamdulillah 8 orang adik beradik saya menjadikan guru sebagai kerjaya,selebihnya kerjaya masing².
Laluan saya menjadi guru pula agak berliku,memandangkan keputusan exam tidak berapa baik..berkat doa dan usaha, saya berjaya menjadi guru....🤲
Terima kasih ibu & ayah kerana menjadi guru pertama saya.
Terima kasih GB yang memberi sepenuh sokongan.
Sk Kut Daro, Sarawak❤️
Selamat datang ke pulau bruit
Jatuh kelaut menjadi pulau
Kredit: Cikgu Al Tarmizi FB
Post a Comment