TABIKA ANAK AUTISME B40 DI SETIAP DAERAH - EXCO

 


Anak-anak autisme ini memerlukan kelas yang khas dan kebiasaanya kelas khas ini tidak berada di tadika atau taska yang biasa

Mereka lebih memerlukan terapi cara kerja dan terapi pertuturan dan kos untuk kedua-dua terapi ini sekitar RM70-RM 90/ sejam 

Akibat dari kos yang agak tinggi ini,ramai ibu bapa terutamanya di kalangan b40 dan M40 tidak mampu untuk menghantar anak syurga mereka mendapatkan terapi yang sepatutnya utk anak mereka 

Akhirnya anak- anak ini dihantar ke taska dan tadika biasa dan anak-anak syurga ini tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan apa yang diajar oleh cikgu-cikgunya dan yang paling teruk akibat tidak dapat menyesuaikan dengan persekitaran ada diantara mereka yang terpaksa diberhentikan dan terus tidak mendapat apa-apa pendidikan selepas itu

Moga inisiatif yang dirancang ini dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun hadapan dan dapat membantu anak-anak syurga di dalam negeri Melaka ini 


Sumber : Dr Akmal Saleh , Melaka Hari Ini

Post a Comment

Previous Post Next Post