PELAKSANAAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Semua Warga Pendidikan

Tuan, 

PELAKSANAAN PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

Dengan hormatnya perkara di atas yang merujuk kepada surat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.500-9/2/1 Jld. 11(84)) bertarikh 1 April 2024 adalah berkaitan. 

2. Sehubungan dengan itu, Sektor Psikologi dan Kaunseling memohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan semua warga pendidikan di organisasi tuan diwajibkan mengisi profiling digital kesihatan mental ini sebagaimana yang diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bermula 13 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 secara dalam talian. 

3. Sistem MyPsyD boleh diakses melalui https://mypsyd.jpa.gov.my dan menggunakan Id dan kata laluan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS 2.0). Bagi melengkapkan profil kesihatan psikologi ini, semua pegawai perkhidmatan awam perlu mengemaskini saringan kesihatan kendiri melalui Modul Rekod Peribadi (Kemaskini Rekod Peribadi>Kesihatan>Saringan Kesihatan Kendiri) terutama data ukuran berat, tinggi dan BMI di dalam sistem HRMIS 2.0. 

Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Hamshah bin Noraini  di talian 05-501 5205 / 019-3468209 dan Puan Nurzaimimah binti Pahmi di talian 05-501 5334 / 0139133304. Sekian, terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post