Salam Takziah Shakina dan keluarga di atas permergian ayahanda tercinta


"Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]



Mendapat perkhabaran daripada adik, Ahmad Ataillah di atas permergian ayah mertuanya, bapa Shakina yang telah dijemput Illahi pada malam Jumaat 10.40 malam. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah Shakina dan Ahmad. 



Berikut adalah hadith-hadith yang berkaitan dengan mati pada hari jumaat atau malam Jumaat:

Hadith Pertama: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur”. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]


Hadith Kedua: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 994]

Post a Comment

Previous Post Next Post