RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )

 


RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )

BAHAN - BAHAN

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kg gula merah
  • 2 cawan gula putih
  • Santan secukup lemak
  • (selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2 kg lebih sikit)
  • Daun pandan


Cara-cara 👉Beras pulut direndam 4-5jam

Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan

👉Masak gula merah dan tapis dahulu

👉Kemudian masukkan gula putih

👉Masukkan santan & daun pandan

Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi 

👉Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat

(mcm meletop2 gitu 😆) Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik

Tutup api dan masukkan dalam bekas

Siap 


Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan

Post a Comment

Previous Post Next Post