RESEPI SOS BLACK PEPPER, CHICKEN MUSHROOM SOUP, BUTTERMILK SAUCE, SOS AYAM PERCIK

 


Resepi buat sos diet sihat


💜1. Black pepper sos

Potong 3 biji bwg putih potong dadu

Sebiji bawang holland di potong dadu

Sebiji saiz kecil tomato di potong dadu.

Tumis bawang putih dahulu hingga naik bau kemudian masuk semua bahan di atas.

Masukkan 3 cawan air. 

Biar mendidih sebentar., 

Kemudian masukkan lada hitam yg di kisar, garam secukup rasa., 1 cawan whipping cream , kicap pekat jalen (untuk warna . ,1 sudu kecil pemekat jika mahu. 


Tutup api. Sejukkan kemudian blend biar halus. Ok siap😉


💜2. Chicken mushroom soup

Tumis bawang holland saiz sederhana. Masukkan ayam kisar . dah masak ayamnya., masukkan cendawan. 

Kemudian masukkan 1 sudu serbuk lada hitam., garam secukupnya dan air 2 cawan air dan 1 cawan whipping cream. Kacau hingga pekat. 

Siap !


💜3. Buttermilk sos

Tumis bawang holland sebiji dgn 1 sudu butter. 

Masukkan sikit cili api yg di hiris dan daun kari.

Dah naik bau , masukkan secawan whipping 

cream bersama 2 cawan air. Garam secukup rasa. 

Dah pekat. Tutup api


💜4. Sos Ayam percik

Segemgam cili kering

4 btg serai

1 inci halia

Sikit lengkuas

Bawang besar 

Bawang putih

Blend semua bhn di atas

Tumis sampai masak bhn di atas.

Masukkan secawan santan pekat.

Garam , sikit stevia.,air asam jawa 

(Ada rasa masin manis masam pedas)

Dah pekat ., tutup api. Siap ! Curah atas ayam grill ya🤭


Semoga semua ini dpt bantu korang diet dgn hepi

Kredit : FyraOrked

#RESIPIMAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post