RESEPI KARIPAP PUSING

 


Alhamdulillah ramai yang tanya resepi karipap pusing saya. Kali ni saya sertakan sekali dengan resepinya.


Doh minyak (doh dalam) 

Segenggam marjerin pelangi (agak2 boleh kepal tepung tak berderai) 

2 cawan tepung gandum

2 sb tepung jagung


Doh tepung (doh luar) 

3 1/2 cawan tepung gandum

1sk garam

2sb gula

Ais sejuk dari dalam peti ais ( kena betul2 sejuk)

1 sb minyak panas


Cara buat 

1. Satukan bahan untuk buat doh minyak. Kepal2 tepung gandum dan tepung jagung bersama marjerin sehingga tepung tak berderai. Boleh tambah minyak masak untuk elak penggunaan marjerin berlebihan sebab takut karipap terlalu gebu dalam mulut apabila dimakan nanti.

2. Apabila doh dah dikepal bulat rehatkan doh sebentar. Boleh perap dalam fridge selama 5minit.

3. Satukan bhn2 untuk buat doh tepung pulak. Kat sini macam2 versi boleh buat. Tp resepi saya, saya tak pakai apa2 marjerin sebab doh minyak dah ada marjerin. So bila doh tepung kita letak marjerin nanti karipap akn jadi lebih berminyak dan cepat hancur. Cukup sekadar minyak masak sahaja. Gaul2 tepung dgn minyak panas jadi macam serbuk roti. 

3. Penggunaan gula untuk bagi karipap kita lebih rangup. Jgn risau dia tak akan rasa manis. InsyaAllah.. 😁

4. Uli sampai jadi doh. Kemudian rehatkan sebentar di dalam fridge selama lbh kurang 5 minit.

Kemudian kita sambung ke part canai lak yer..

1. Ambik doh tepung bulatkan2 kepada bberapa bahagian. Terpulang nak buat berapa bahagian. Begitu jugak dengan doh minyak bulatkan2 bergantung kepada bilangan doh tepung yang kita bulatkan tadi. Sbg cntoh, kalau doh tepung kita bahagiakn kepada 4 bahagian, maka begitu juga dengan doh minyak bulatkan kepada 4 bahagian.

2. Kemudian, ambil doh tepung canaikan dgn penggelek bagi bentuk bulat. Letak doh minyak yg dibulatkan td tu dlm tu dan tutup dgn doh tepung tadi. Bulatkan2 bagi bentuk bulat/bola. Macam kita tutup kuih pau bila dah masukkn inti la senang cerita.. 😂 Buat sampai doh hbis step yang sama ni.

3. Seterusnya, ambil doh dan canaikan bentuk bulat. Canai tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal ye kawan2. Kemudian gulungkan. Ok, doh kita tadi dah jadi bentuk panjang sekarang ni kan..

4. Kita canaikan doh tadi tu arah memanjang bukan melintang ye. Jangan salah paham disini. Canaikan bentuk memanjang. Canai tak terlalu nipis sgt ye. Ok tips kat sini nk cntikkn pusaran karipap pusing, semakin pnjang doh kita canai, makin banyak gulungan kita akan gulung nanti. So semakin cantikla pusaran karipap pusing kita nanti..

5. Dah canai memanjang , kita boleh gulung dia dari bawah bawak ke atas. Gulung sampai habis la ye.

6. Kemudian, ptong doh tadi ke beberapa bahagian ikut pada saiz doh yg kita gulung tadi tu. Ptong 3/4 inci setiap doh dah memadai.

7. Ambik doh yang telah dipotong tadi dan gelekkan dengan penggelek. Kat sini dah boleh nampak pusaran karipap pusing kita tu. Boleh buh inti. Nak guna acuan karipap pun boleh. Buat sampai habis step yang sama.

8. Dah siap buh inti, karipap pusing kita sudah siap untuk digoreng!

9. Goreng dengan minyal yang panas dan banyal sampai tenggelam karipap pusing tu dalam minyak. Goreng keperangan.

10. Karipap pusing sudah sedia dinikmati.. 😋😋

Sekian, resepi dari saya. Saya halalkan resepi ni kepada sesiapa sahaja. Semoga dengan perkongsian ni dapat membantu kaum ibu di luar sana untuk menjana pndapatan sampingan dengan buat jualan. InsyaAllah.. ❤️

Kredit: Eira mohamad

#MrRoti #kelabroti1malaysia #pjjkelabroti1malaysia #karipappusing

Post a Comment

Previous Post Next Post