Resepi Ayam Goreng Kunyit Macam Kat Kedai

 






Resepi Ayam Goreng Kunyit Macam Kat Kedai

Hihi. Selalu kalau masak kat rumah, goreng ayam pakai garam & kunyit je. Patutlah tak best macam akak kedai siam masak. Rupanya ada lagi bahan-bahan lain yang nak kena bubuh. Jom kita cek & try buat.

Bahan-bahan A :

  • 500 gm dada ayam (dipotong dadu)
  • 1sudu besar tepung jagung
  • 1sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Satu kiub ayam
  • Sedikit air sejuk
  • Sedikit garam, rasa dulu . Tak cukup tambah. (sebab dah ada kiub ayam tu )

Bahan-bahan B :

  • Kacang buncis / kacang panjang
  • Lobak merah dipotong panjang
  • Kobis bunga
  • Bawang holland - hiris
  • Bawang putih - tumbuk

Cara-cara :

1. Lumur ayam dengan Bahan A dengan rata. 

2. Potong sayur-sayuran, bawang Holland & bawang putih. Toskan.

3. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)

4. Panaskan minyak yang banyak dan panas, goreng secara deep fry sehingga ayam masak keemasan. Nota: Minyak mesti banyak hingga ayam tenggelam, baru ayam akan garing.

5. Bila ayam dah masak, angkat & toskan. Ketepikan seketika.

6. Kurangkan minyak menumis di dalam kuali. Tumis bawang holland & bawang putih. Masukkan sayuran dan kacau sehingga sayuran hampir lembut. Masukkan ayam. Gaul rata sekejap. Angkat, dan toskan minyak.


Sambal Cili Merah

Bahan bahan:

  • 3 tangkai cili merah 
  • 5 tangkai cili padi merah
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Perahan air limau kasturi/limau nipis

Cara cara:

Tumbuk cili. Masukkan belacan, gula dan garam. Tumbuk lagi. Akhir sekali masukkan perahan air limau. Jangan terlalu hancur, biarkan kasar kasar sedikit.

Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, daun salad, timun & renjisan kicap manis.


📸: Nina Mahdar & Nurhamimi Huda

Post a Comment

Previous Post Next Post