Kaedah membina One Page Report (OPR) bersama Notis Panggilan menggunakan Google Sheets

 




Sedikit perkongsian daripada saya tentang kaedah membina One Page Report (OPR) bersama Notis Panggilan menggunakan Google Sheets.

Jika berminat, boleh klik link ini untuk mendapatkan templatenya. Klik File > Make a copy > simpan di drive sendiri : https://docs.google.com/spreadsheets/d/1OjhbJ2xjUJB8we6wfeFE4oslmrRw-p1pJZZPGxsDTzQ/edit?usp=sharing

Kelebihan menggunakan Google Sheets adalah :

1. OPR & Notis Panggilan untuk sepanjang tahun dapat disimpan secara sistematik dan mudah diakses. 1 Sheet = 1 OPR / NP.

2. Pengisian maklumat adalah mesra pengguna. Boleh key in maklumat atau mengaksesnya hanya menggunakan smartphone pada bila-bila masa. Tidak memerlukan laptop.

3. Butiran maklumat terus disimpan (auto save) pada Google Drive.

4. Butiran maklumat perlu diisi mengikut tertib : MENU > NP > OPR kerana sesetangah maklumat akan dijana secara auto kerana telah mempunyai tetapan formula. Cikgu tidak perlu menaip maklumat yang sama berulang kali.

5. Hanya right click pada Sheet NP/OP untuk duplicate Sheet & tukar formula jika perlu.

6. Jimat ink printer.


Kredit: Nadia Rahim

Post a Comment

Previous Post Next Post