BICARA POTENSI MALAYSIA TEACHER PRIZE 2024

 

BICARA POTENSI MALAYSIA TEACHER PRIZE 2024

Selamat Sejahtera Cikgu,

Akan berlangsungnya Siri 2 Bicara Potensi Malaysia Teacher Prize (MTP) 2024 yang bertajuk, Guru Perintis, Pemacu Pembelajaran Bermakna pada 7 Mei 2024.

Kali ini, Constance Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif bersama-sama dengan Cikgu Muhammad Nazmi, Pemenang Malaysia Teacher Prize 2023, Cikgu Jumisara binti Chamili, Finalis 5 Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 dan Cikgu Sadheesh Kumar @ Kuang Leong Yee, Finalis 10 Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 akan membincangkan peranan penting guru sebagai perintis dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada murid mereka bagi mewujudkan pembelajaran yang bermakna serta pengalaman pembelajaran yang positif dan memberangsangkan.

Sesi ini juga akan merungkai persoalan tentang Malaysia Teacher Prize yang kini masih terbuka untuk permohonan. Para hadirin akan mempunyai peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pandangan dan pengalaman barisan pembicara dalam menerajui pembelajaran dalam kalangan murid dan komuniti mereka. Para pembicara juga akan berkongsi cara mereka mengaitkan pengalaman mereka di dalam dan luar bilik darjah dengan permohonan MTP.

Butiran sesi ini adalah seperti berikut:

📆 Selasa, 7 Mei 2024

⏰ 8:15 - 9:30 malam

🎞 Facebook, Instagram dan YouTube PEMIMPIN GSL

✅ E-sjiil kehadiran akan diberikan

Sila imbas kod QR dalam poster atau gunakan (pautan ini) untuk menyertai sesi ini di Facebook, Instagram atau YouTube PEMIMPIN GSL.

Untuk memulakan permohonan anda serta maklumat lanjut, sila layari malaysiateacherprize.org.

Terima kasih,

Pasukan Malaysia Teacher Prize,

di PEMIMPIN GSL.


Post a Comment

Previous Post Next Post