Masak Lemak Cili Api Daging Salai/Bakar
Ramuan
500 gm daging lembu1 biji kelapa parut - perah ambil santan
2 batang serai - diketuk
10-15 biji cili api **
4 biji bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit - dicarik sahaja
1 sudu makan garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
Bahan pelengkap - jika mahu
3 biji kentang potong ikut citarasa
atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda
Cara memasak
1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul pula dengan serbuk kunyit.
2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat.
3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.
4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.
6.Apabila masak tutup api, sedia dihidang
Sumber: Resepi Mudah & Simple
Post a Comment