Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan peringkat sekolah adalah acara yang diadakan untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Acara ini biasanya melibatkan pelbagai aktiviti seperti Majlis Khatam Al-Quran, tazkirah, dan penyampaian hadiah.
Program Ihya’ Ramadan peringkat sekolah biasanya mempunyai beberapa objektif utama:
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu1.
- Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
- Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak.
- Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
- Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
- Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
- Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid
SK Merlimau Dua turut serta mengadakan Majlis Penutup Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah pada 5 April 2024 (Jumaat). Semua guru dikehendaki untuk memakai pakaian berwarna hijau.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
- Pemberian sumbangan untuk fakir dan miskin serta anak yatim
- Pemberian duit raya pada semua murid sekolah
- Rakaman takbir hari raya
- Rakaman hari raya
- Yasin Tahlil
- Khatam Al-Quran
Saya juga telah diberi tugasan sebagai jurufoto dan video untuk Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah.
Gambar selebihnya di https://photos.app.goo.gl/oUbmFHHMdrXRoqVNA
Post a Comment