PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2024 : DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (DLSMKPM) - JPN SELANGOR
Sehubungan itu, sukacita saya ingin menarik perhatian tuan bahawa pelaksanaan latihan bagi pegawai dan AKP di KPM adalah berdasarkan perkara seperti berikut:
a) Mematuhi ketetapan bilangan hari latihan sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun;
b) Bagi pegawai lantikan baharu sebelum 1 November perlu memenuhi sekurang-kurangnya lima (5) hari latihan, manakala bagi pegawai yang dilantik selepas daripada tarikh 1 November perlu memenuhi sekurang-kurangnya dua(2) hari latihan. Ini termasuk pegawai yang berpindah masuk ke KPM dan latihan yang telah dihadiri ketika berkhidmat
di Kementerian/ Jabatan/ Agensi lama boleh diambil kira serta direkodkan dalam SPLKPM dalam tahun semasa;
c) Semua pegawai dan AKP juga DIWAJIBKAN melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kursus secara dalam talian; dan
d) Pelaksanaan latihan perlu lebih kreatif dengan memberikan penekanan kepada blended training approach seperti pembacaan buku, perkongsian ilmu, sesi mentoring pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan keperluan organisasi dan keupayaan pegawai.
💡 Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2024 ini, maka Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh
28 April 2021 adalah DIBATALKAN.
💻 E-PEMBELAJARAN
#ePembelajaran
📚 BACAAN BUKU
#ulasanbuku
Post a Comment