PLAY DOH NON TOXIC - DIY
Cara buat playdoh dengan bahan masakan. Kalau anak bawak masuk mulut pun, selamat. Jom try.
Kemahiran motor halus: Diy Playdoh
Bahan-Bahan:
2 cwn Tepung Gandum
1 cwn garam halus
2 sdb minyak masak
Air
Tips: (Mastura Amira)
Nak bagi tahan lama bancuhan tu campur cream of tartar @ cuka sikit,
Lepas tu masak atas dapur doh tu.
Lepas main, simpan dlm peti ais (chiller)
1.Playdoh
(Boleh buat untuk tema buah buahan,hidupan laut dan lain-lain lagi).
RESEPI SAYA KONGSI DIBAWAH
Resepi Doh Masak
-2 Cawan tepung gandum
-1 cawan garam halus
-1 1/4 cawan air
-4 sudu besar cream of tartar
-2 sudu minyak masak
-Sedikit pewarna makanan
(Gaul tepung dan garam bersama cream of tartar,campurkan minyak dan pewarna makanan. Kacau diatas api sehingga pekat)
Resepi Doh Tidak Masak
-3/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung jagung
-1/2 cawan garam (dibancuh menjadi air garam)
-Sedikit pewarna makanan
-3/8 cawan air suam
Semoga Bermanfaat
Kredit : Nadia Sariman
Post a Comment