Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

 

Pengenalan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Peripatetik.

Sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi membolehkan MBK menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik selain membimbing MBK ke arah hidup berdikari serta bermakna.

Pengurusan 3PK negeri berada di bawa seliaan Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu (CLKB), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 12 buah 3PK di seluruh Malaysia yang beroperasi di Sekolah Pendidikan Khas dan satu (1) beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas.


Peranan dan Fungsi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

  1. Melaksanakan program saringan kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
  2. Melaksanakan ujian/penilaian dengan menggunakan peralatan khas/instrumen standard bagi mengenal pasti masalah-masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak dan MBK.
  3. Melaksanakan program intervensi/rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan kanak-kanak dan MBK.
  4. Melaksanakan program intervensi awal dari aspek domain-domain perkembangan bagi kesediaan kanak-kanak ke alam persekolahan.
  5. Menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik, Audiologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Psikologi bagi menyokong pendidikan MBK secara menyeluruh

Perkhidmatan Sokongan Yang Disediakan

1. Audiologi

 

i.

Ujian audiologikal

 

ii.

Penilaian diagnostik pendengaran

 

iii. 

Program rehabilitasi pendengaran

 

iv. 

Pemeriksaan dan penilaian alat bantu pendengaran dan assistive listening devices

 

v. 

Memberi konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru

2. Patologi Pertuturan Bahasa

 

i.

Ujian saringan

 

ii.

Penilaian diagnostik pertuturan bahasa

 

iii. 

Program rehabilitasi pertuturan bahasa

 

iv. 

Konsultasi berkaitan komunikasi dan pertuturan bahasa kepada ibu bapa/penjaga dan guru

3. Peripatetik

 

i.

Ujian saringan dengan menggunakan instrumen standard

 

ii.

Program Intervensi masalah pembelajaran

 

iii.

Pengurusan klien dengan profesional atau agensi yang berkaitan

 

iv.

Konsultasi berkaitan dengan keperluan pembelajaran/pendidikan MBK

4. Terapi Carakerja

 

i.

Ujian saringan

 

ii.

Penilaian terapi carakerja

 

iii.

Program intervensi terapi carakerja

 

iv.

Konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru

5. Psikologi

 

i.

Ujian saringan

 

ii.

Penilaian diagnostik bagi mengesan masalah spesifik MBK

 

iii.

Program Intervensi

 

iv.

Konsultasi kepada ibu bapa/penjaga dan guru


Sumber : 

Post a Comment

Previous Post Next Post