Rumah Kuning Temenggung Juara Keseluruhan Tahun 2022

Rumah kuning Temenggung Shell V-Power. Program 7 Julai lepas tapi baru teringat nak up gambar kita semua. Haha maap ampun 

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada barisan guru-guru rumah kuning yang bertungkus lumus menyiapkan segala macam persiapan walaupun masing-masing busy dengan tugasan di padang, Nilam, Bola Jaring, Bola Baling, dan segala macam program yang terdekat pada waktu tu. Maaf juga dari saya kerana tak dapat tolong sepenuhnya di padang.

Terima kasih juga pada murid-murid yang berjaya mendapatkan pelbagai pingat dan mata buat rumah kuning kita. Yang tidak berjaya, cikgu juga ucapkan tahniah dan syabas kerana anda sudah buat yang terbaik!. 

Kerana usaha anda semua, (dan juga rumah lain bagi can kat kita hihi) akhirnya kita berjaya merangkul juara keseluruhan setelah 11 tahun berada di nombor akhir. Bangga seh. Sekali seumur hidup jadilah hihi. 

Shoutout cikgu rumah kuning yang V-Power! Adibahwati Mohamad Sidek, Maya Airani Aspar, Farah Anis Ismail, Asmah Abdollah, Fauziahtun Ibrahim, Rozilah Samah, ustaz karim, ustaz wali, cikgu hissyammudin, dan cikgu zuaida lily. Tak lupa juga pada semua warga SKP yang beri sokongan pada rumah kuning. Kih3.


















Post a Comment

Previous Post Next Post